keratan akhbar

smile smile smile smile

Selamat Datang Ke Laman Web Ini. Langkah Pertama Kejayaan Anda.

Sunday 1 November 2009

Prostat

APAKAH PROSTAT?
Kelenjar prostat adalah organ lelaki yang berbentuk walnat terletak betul-betul di bawah pundi lelaki.
Ia mengelilingi bahagian atas uretra, tiub yang menyalurkan air kencing daripada pundi kencing.

APAKAH FUNGSI PROSTAT?
Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan sebahagian daripada cecair dalam semen. Apabila lelaki meningkat tua, prostat melalui dua tempoh pertumbuhan yang utama. Fasa pertumbuhan yang pertama berlaku semasa akil baligh apabila prostat membesar dua kali ganda saiz asalnya. Fasa pertumbuhan yang kedua berlaku apabila seseorang lelaki mencecah umur 40an. Pembesaran prostat yang kedua adalah sebahagian daripada proses penuaan dan dipercayai adalah disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan hormon. Apabila prostat membesar, ia menjerut uretra dan menyebabkan penyekatan sebahagian daripada
pundi kencing.

APAKAH TANDA DAN SIMPTOM MASALAH PROSTAT?
Penyekatan pundi kencing boleh membawa kepada masalah pembuangan air kencing seperti kerap kencing, kencing di waktu malam, rasa mendesak untuk membuang air kencing, aliran air kencing yang lemah terpaksa meneran untuk memulakannya dan air kencing menitis selepas membuangnya (air kencing tidak lawas).

0 comments:

Pesanan Penulis

Blog ini hanyalah hasil dari pemikiran, pandangan dan pengalaman penulis. Penulisan tidak tertumpu kepada sesuatu aspek. Semoga dengan adanya coretan di sini akan menjadi panduan untuk kita bersama-sama menempuh ranjau dan duri dalam meneroka perjalanan masa. Anda boleh mengemukakan pendapat, pengalaman atau apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan. Perlu di ingat, setiap saat adalah peristiwa yang mencatatkan sejarah dalam perjalanan. Kitalah yang mencorakkan sejarah tersebut. Biar pun apa yang kita lalui adalah fantasi. Pemikiran yang illusi juga sebenarnya membawa kita ke arah realiti kehidupan.Salam Bersama : )

Pelawat

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP