keratan akhbar

smile smile smile smile

Selamat Datang Ke Laman Web Ini. Langkah Pertama Kejayaan Anda.

Thursday 30 July 2009

Tindak Balas Sel Badan (leukemia)


Sel atau dalam bahasa latinnya 'cellulae' yang bermaksud bilik kecil.

Penyakit leukemia adalah sejenis barah sel di mana berlakunya proliferasi sel-sel darah putih yang tidak terkawal. Ini mengakibatkan penghasilan bilangan sel-sel darah putih tak normal yang tinggi bilangannya. Sum-sum tulang yang menghasilkan sel darah merah dan sel platelet tidak akan berfungsi dengan normal disebabkan oleh bilangan sel putih yang terlampau banyak ini.

Penyakit leukemia berlaku dengan proliferasi klonal tak terkawal dari satu sel progenitor yang tidak normal. Terdapat beberapa faktor yang dikatakan terlibat dalam menyebabkan keadaan tersebut :

  1. Keturunan
  2. Dedahan kepada bahan kimia (seperti benzen, ubat sitotoksik)
  3. Dedahan kepada pancaran radiasi
  4. Infeksi Virus (seperti HTLV – 1)
Pada amnya ada berbagai jenis leukemia. Jenis yang paling kerap ialah akut lymphosifik leukemia.Salah satu leukemia yang jenis akut ialah leukemia mieloid akut. Klasifikasi kedua dua jenis leukemia terpulang kepada morphologi sel-sel leukemia yang dilihat oleh pakar haematologi.

Pesakit yang mengidapi penyakit leukemia biasanya berjumpa dengan doktor bagi masalah-masalah tersebut :

  1. Akibat kegagalan sum-sum tulang

(a) Pucat, kelemahan, cepat penat dan sesak nafas disebabkan kekurangan sel darah merah (anemia)

(b) Demam, jangkitan bakteria paru-paru, kulit, mulut dan sebagainya termasuk sepsis disebabkan kekurangan daya tahanan badan.

(c) Pendarahan yang mudah dan berlebihan disebabkan kekurangan sel darah platelet (trombositopenia)

  1. Akibat infiltrasi organ oleh sel-sel leukemia

(a) Sakit-sakit sendi dan tulang

(b) Pembesaran kelenjar-kelenjar limfa (lymphadenopathy)

(c) Pembesaran hepar dan limpa (hepatosplenomegaly)

Terdapat beberapa ujian yang perlu bagi pesakit-pesakit yang disyaki mengidap penyakit leukemia.

  1. Pemeriksaan kuanitatif darah (full blood count)
  2. Pemeriksaan kuantitatif darah melalui pemeriksaan filem darah (peripheral blood film)
  3. X-ray dada
  4. Pemeriksaan sum-sum tulang – ini merupakan ujian paling penting dalam diagnosis pesakit leukemia.
  5. Pemeriksaan cecair serebrospina – ini adalah untuk menentukan samada sel-sel leukemia telah menyerang sistem saraf dan otak.

Rawatan leukemia mengambil jangkamasa lebih kurang 2 tahun dan ini terdiri daripada :

  1. Ubat kemoterapi
  2. Radioterapi kepada otak (bagi pesakit-pesakit lebih daripada umur 2 tahun)
  3. Ubat kemoterapi ke dalam bendalir serebrospina (suntikan intratekal)

Rawatan leukemia adalah dengan ubat sitotoksik yang agak kuat yang menyebabkan berbagai kesan-kesan sampingan seperti rasa mual, muntah, memburukkan lagi kegagalan sum-sum tulang, keguguran rambut, kegagalan jantung dan sebagainya. Ubat kemoterapi yang diberi secara infusi jika bocor ke dalam kulit boleh menyebabkan luka yang agak teruk dan susah sembuh.

* Antara faktor inilah menjadikan rawatan ini di kira mempunyai kesan sampingan dan menjadi satu fobia/ketakutan kepada pesakit. Tiada pilihan dalam rawatan di Malaysia.

* Gangguan sistem sel badan juga menjadi penentu gejala sakit ini.

Tanda-tanda gangguan sel aktif ialah :-

* Susut badan dalam keadaan mendadak

* Sel badan tidak memberi reaksi yang baik pada sel-sel lain seperti kulit dan sel darah.

* berlakunya kekeringan kulit dan pendarahan pada permukaan.

* Pendarahan luka dari sel kulit yang lama untuk sembuh.

* Luka dan pendarahan pada bibir, kulit sensitif, deria dan organ dalaman.

Punca-punca lain yang dikenal pasti adalah :-

* Kesan radioaktif dari ubat-ubatan

* Gangguan sedatif keatas sel darah

* Gagal mengesan tanda awal dari reaksi badan.

* Pengawalan emosi otak yang keterlaluan seperti menahan sakit yang teramat dan selalu membiarkan tekanan yang keterlaluan.

Faktor tempoh masa untuk sembuh adalah amat tipis bergantung kepada pesakit mengawal kesan punca, Faktor emosi dan pengawalan ubatan terhadap gangguan sel. Rawatan yang lambat atau kesilapan rawatan adalah penentu faktor usia pesakit.

Pesakit tiada pilihan lain melainkan pengawalan pada peringkat awal bagi menentu tempoh jangka hayat serta sokongan dan bantuan dari ahli keluarga serta sahabat handai.

Selamat berjaya

0 comments:

Pesanan Penulis

Blog ini hanyalah hasil dari pemikiran, pandangan dan pengalaman penulis. Penulisan tidak tertumpu kepada sesuatu aspek. Semoga dengan adanya coretan di sini akan menjadi panduan untuk kita bersama-sama menempuh ranjau dan duri dalam meneroka perjalanan masa. Anda boleh mengemukakan pendapat, pengalaman atau apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan. Perlu di ingat, setiap saat adalah peristiwa yang mencatatkan sejarah dalam perjalanan. Kitalah yang mencorakkan sejarah tersebut. Biar pun apa yang kita lalui adalah fantasi. Pemikiran yang illusi juga sebenarnya membawa kita ke arah realiti kehidupan.Salam Bersama : )

Pelawat

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP