keratan akhbar

smile smile smile smile

Selamat Datang Ke Laman Web Ini. Langkah Pertama Kejayaan Anda.

Monday 22 June 2009

Kita Sedar @ Tidak

Dalam dunia ni ada macam-macam jenis manusia dengan bermacam jenis karenah serta bermacam-macam jenis sifat. Hidup dah lah macam lalang.. itu pun cuba pula melawan tiupan angin. Bersifat tamak, sudah terjatuh.. tersengih pula. Sudah bangun tangga pula disalahkan. Fikir-fikirkanlah sifat manusia sebegini.
Sudah bertugas sebagai anggota polis, sibuk nak buat bussines, masuk saham ni.. masuk koperasi ni.. macam-macam. Semua tamak punya hal. Bila sudah terlalu banyak terjebak mula lupa diri.. kerja terabai.. akhirnya? diberhentikan kerja. Mula dengan bussines atas sebab nak cover malu dengan rakan-rakan. Sikap pula masih seperti itu. menipu sana.. tipu sini.. yang tertipu rakan-rakan juga. Bila kenal dengan rakan baru yang popular sikit.. mengaku pula sebagai anggota polis. Pengajar kat Pulapol lah... IPK lah.. bermacam-macam jenis sifat orang macam ni.
Hidup terumbang ambing. Siapa yang ada dekat.. mula nampak duit sikit.. ada peluang nak tipu. Dia rapat-rapatkan.. Tipu pula bukan banyak pun.. tak boleh kaya juga.. alasan kereta rosak lah.. pinjam RM200. Janji esok bayar.. lepas tu mula banyak alasan. Kemudian ada pula bussines juta-juta.. pinjam RM1000.. alasan datang lagi.. anak sawit tak boleh hantar.. kontena tak ada.. kemudian ladang sawit kat indonesia tenggelam banjir pula.. Inilah manusia yg banyak muslihatnya. Adakah ia dikalangan kita? Hati-hatilah.. ia mungkin disebelah kita.

Read more...

Tuesday 16 June 2009

Penyakit E, 5, K

Sering juga saya meninjau.. mengunjungi beberapa kelab malam, pusat karaoke dan disko sekitar ibukota. Seperti kita semua sedia maklum, tempat-tempat sebegini sering dipandang serong oleh kebanyakan masyarakat. Menjadi tempat maksiat, tempat pelacuran dan tempat pemabuk. Masalah baru sekarang ia menjadi tempat mengedar dadah moden iaitu jenis yang popular untuk berhibur seperti eramin 5, ektasi (actacy) dan katamin.

Wujud pula sekarang ni, penjualan secara berleluasa barangan larangan ini. Ada pula yang mengaut keuntungan dari jualan dengan cara menjadikan pegawai khidmat pelangan sebagai pengantara antara pengguna dan pembekal. Harga pasaran sekarang juga sudah tinggi. Actacy atau lebih dikenali sebagai E menjadi kegilaan remaja dan pengunjung dijual sekitar RM25-RM40 sebiji. Kebiasaannya dadah jenis ini mudah dibeli. Pengguna biasanya sudah biasa membuat tempahan hanya dengan satu panggilan atau sms. Kadang-kadang penjualannya didalangi juga oleh pekerja atau kakitangan pihak tempat hiburan yang dikenali sebagai boy. E biasanya dibeli secara pukal dalam jumlah yang tertentu. Kebiasaannya 3 biji RM100 dan bagi pelangan setia RM100 untuk 4 biji. Pelangan-pelangan yang telah biasa dengan E ini biasanya mengetahui kekuatan atau 'HIGH' nya. Logo-logo yang popular seperti 'happy' 'toyota', star, butterfly dan beberapa jenis lagi.

Dadah yang popular sejak dahulu lagi dan menjadi kebiasaan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta iaitu eramin 5, penggunanya akan merasai keasyikan, ketenangan dan sesetengahnya mengenali 5 sebagai vitamin untuk mempermudahkan pembelajaran. sebagai vitamin untuk study. 5 mudah dikenali melalui pembungkusan kedap udara berwarna merah. Dibahagian atas pil ini tercatit no 028. Apabila pengguna menggunakannya seorang yang menghadapi masalah memikirkan sesuatu hal seperti masalah kewangan, pekerjaan yang rumit atau masalah dalam perniagaan, akan merasai seperti 5 memberi jalan yang mudah dan bertindak berani menghadapi rintangan. harga dipasaran sekarang RM80-RM150 sepapan (10biji).

Wujud pula sejak 3 tahun lepas dadah jenis baru yang mudah digunakan lebih menjimatkan dan cukup terkenal bagi kaki-kaki disko iaitu Ketamin atau dikenali dengan nama popular K. K biasanya dijual dalam bentuk pakej iaitu harga dalam lingkungan RM100-RM180 sepekej seberat 10gm. mudah digunakan.. Biasanya hanya perlu digosok menjadi debu-debu halus sebelum disedut melalui hidung. Ada juga pengguna yang campur ke dalam minuman sepeti coke dan beer. Kalau anda ke tempat-tempat ini mungkin terpinga-pinga sekiranya ada juga pengunjung lain yang bertanyakan kepada anda K atau KFC.

Inilah hakikat kehidupan.. dadah jenis ini popular dan termampu dimiliki olh pengunjung2 yang terdiri dari anggota polis, kakitangan kerajaan, doktor, ahli peniagaan, pelajar-pelajar malahan suri rumahtangga. Anda juga jangan terkejut sekiraanya anda akan berjumpa dengan golongan-golongan elit ditempat-tempat ini yang sudah biasa menggunakan dadah jenis ini. Golongan-golongan kenamaan ini juga berpangkat, Dato', Datuk, Tan Sri dan anda juga jangan terkejut melihat golongan yang menempek atau yang suka menumpang seperti Dato' yang sengkek dan papa kedana. Jangan pula anda terkejut melihat 'Datin' yang kematian suami bercanda dengan golongan yang rendah seperti penganggur yang kelihatan mengikis harta 'datin' ini.

Apa-apa pun golongan-golongan ini ada yang pergi ketempat-tempat tersebut untuk berehat, berbincang mengenai perniagaan, menyanyi, berkaraoke. Tetapi AWAS jangan anda terpedaya dengan penipu yang mengaku dari golongan ahli politik yang amat rapat dengan Ketua Menteri, Menteri dan ahli kenamaan yang lain. Orang seperti ini hidup seperti parasit yang ingin menumpang dan mengikis wang anda dengan cara menipu. Malah ada yang datang ke sini mencari mangsa, berkawan bagaikan sahabat anda tetapi kerap mempergunakan anda untuk meminjam dan mencari sumber kewangan dengan mengaku sebagai ahli perniagaan yang berjaya menjalankan pelaburan anak sawit, pembinaan dan berbagai-bagai lagi.

Ditempat ini anda akan berjumpa 1001 jenis manusia dengan pelbagai ragam. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Awaslah pada parasit.

Read more...

Thursday 11 June 2009

Epistaxis

Defination

Acute haemorrhage from the nostril, nasal cavity or nasopharynx.

Pathophysiology

  • Anterior haemorrhage : From the kiesselbach plexus of vessels located at the anterior portion of the nasal septum (Little's area). Accounts for 90% of bleeds.
  • Posterior haemorrhage: From the posterir nasal cavity.

Epidemiology

  • Frequency : 1 in 7 people in the US
  • No gender predeliction
  • Biomodal occurrence : age 2-10 and 50-80
  • Occurs more frequently in colder months and dry colder climates or dry hot weather.
  • Mortality : Rare, usually due to complaications from hypovolaemia with severe haemorrhage.
  • Morbidity : Infection from nasal packing.

Cause

  • Local
  • Trauma
  1. Picking
  2. nasal surgery
  3. dry hot weather
  4. external trauma
  • Septal abnormality
  1. septal deviation
  2. nasal spurs
  3. nasal perforation
  • Inflammation
  1. Viral infection
  2. bacterial infection
  3. granulomatous disease (eg. TB, Sarcoidosis, etc)
  • Tumours
  • Blood dyscrasias
  • arteriosclerosis
  • Idiopathic (10%)

Management

History

  • severity
  • frequency
  • duration
  • aggravating factors
  • methods used to stop the bleeding
  • head & neck history
  • Past medical history : eg. hypertension, arteriosclerosis,coagulopathies, liver disease.
  • medication : eg warfarin, aspirin.

Examination

  • ABCs
  • Apply digital pressure for 5-10 minutes
  • Bend forward, spit out any blood which has tracked down into the mouth. Do not tilt the head backward as this will cause the blood to enter the mouth and be swallowed and may induce vomiting.
  • ice pack applied ti the forehead or bridge of the nose may be helpful.

If bleeding persists, nasal packing will need to be performed by the doctor under good visual, lighting and suction. nasal packs consist of ribbons of gauze soaked in vasoconstrictor agents such as lignocaine, adrenaline, cocaine and oxymetazoline. The are left in site for 48-72 hours after which time the patient will be examined by an ENT specialist.

Read more...

Hypertension

Introduction

An elevated blood pressure is the most recognized health problem to the public in developed countries
It is Common, asymtomatic, readily detectable, usualy treatable, often leads to lethal complication if untreated.
Blood Presure vary during during course of the day.




Definations


Blood presure is the force blood exerts on the arteries as the heart pumps its through the arteries. An increase in the blood volume pumped from the heart would increase blood presure & cause blood vessels blood presure.
A normal reading should be 130/80 mmhg & below

How it is measured

  • Blood pressure is measured as millimimeters of mercury (mmhg) & it has tow components. Systolic/diastolic for example 120/80 mmhg.

  • The systolic reading is measurement of the force that is created as the heart pushes blood through the ourta and into the circulatory system.

  • The diastolic reading is measurement of the force exerted by the walls the arteries as they resist blood flow.

    High Risk People
  • Male, menopouse women
  • Genetic
  • Obesity
  • Diabetes Mellitus
  • Heavy alchohol intake
  • Renal disease e.g acute or chronic glomerulonephritis, renal artery stenosis.
  • endocrine disease e.g. cushing synd, pheochromocytoma.
  • coarctation of aorta.

Clinical Feutures

  • Usually asymtomatic
  • Sleep disturbances
  • emotional upsets
  • epistaxis
  • most common symptom - Headaches, dizziness, tension of scalp & neck muscles, blurring of vision, nuasea, vomiting.

Effect of hypertension

  • On the heart ; dyspnea, orthropnea, angia, IHD, dissecting aneurysm.
  • CNS; hypertensive encephlopathy, cerebral infarct, syncopy, proteinoria, microscopic heamaturia.

Investigation

  • Urinalysis
  • Chest x ray
  • ECG
  • Renal profile
  • Lipid profile

Controlling Hypertension

  • Weight Management
  • Balance diet
  • Activity / Exercise
  • Attitudes
  • Compliance to medication
  • regular check up
  • emotions

Pharmacological

  • Diuretics
  • ACE
  • Cal Channel blockers
  • Vasodilators
  • beta blockers
  • alfa blockers

Simple Tips

  • Find out history
  • If pt is conscious reassure the pt & keep him calm.
  • Check all vital signs
  • did pt take his hypertensive medication or not
  • what was the complains before the pt collapsed
  • take the pt to the nearest hospital.

Read more...

Wednesday 10 June 2009

Bosan @ Boring

Bosan.. Boring.. Malas.. Tertekan.. Mungkin itu persoalan yang cukup menjadi tajuk seharian difikiran kita. Tahukah kenapa? Kita jurutera.. Penyelia dan pekerja.. Kita yang mencipta persoalan ini.. tetapi kita tidak tahu melakukan kerja-kerja ini.. sifat diri kita yang dah sebati.
Masalah inin selesai bila juruteranya membuat perancangan tanpa batasan waktu. Jangan pula jadikan waktu sebagai sandaran kerana waktu adalah punca permasaalahan.

Read more...

Tuesday 9 June 2009

Salah @ DiSalahkan?

Jangan Mengharap pada kasih yang diimpikan.. impian hanya

lahir dari kekecewaan.. biar kekecewaan itu menjadi perit, pedih dan terluka. Luka itulah menjadi penawar kepada impian. Sedih dan pilu tak semestinya tanpa senyuman kerana senyuman itulah penghias segalanya. Tiada kata-kata seindah hinaan dan cercaan. Jangan pula hinaan dan cercaan itu kita lepaskan pada insan lain. Nanti lukanya kembali berdarah walau darah itu tidak dihargai lagi. Semua kata-kata ciptaan minda di dalam keresahan. Jangan pula keresahan itu membunuh jiwa dan perasaan. Seindah hinaan.

Read more...

Monday 8 June 2009

Stress @ Tekanan


Pening dalam semua hal.. banyak pula karenah dalam kehidupan. Bila difikirkan sakit pula kepala. Bussines la.. karenah keluarga.. karenah kawan-kawan.. yang pastinya semua tu memeningkan kepala. Masalah orang dah bercampur dengan masalah diri. Semua terhimpun.. berkumpul-kumpul dalam kepala akhirnya.. meletup. Tak dapat kawal diri.. inilah hakikat kehidupan. Apa-apa pun perlu ketenangan.
Yang utama biarlah orang cakap macam-macam tapi kita jangan mencari tekanan. Hidup tak boleh lari dari masalah tapi kita boleh lari dari tekanan. Apa-apa pun pandai-pandailah.. kita semua pandai bercakap dan pandai dalam segalanya sebab itulah tekanan tetap ada.

Hidup biar sebanyak mana masalah sekali pun.. jangan tambah tekanan dalam kehidupan.

Read more...

Realiti @ Fantasi

Siapa yang mengejar realiti dan siapa pula yang mampu berapa di kehidupan yang penuh dengan fantasi?

Setiap insan yang lahir dan dibesarkan di alam nyata ini pasti tidak dapat lari dari lumrah kehidupan. Dari persekitaran, kekeluargaan malah masyarakat semuanya mencari dan mengejar kemewahan serta kebahagiaan. Inilah yang diwarisi untuk kita yang bergelar insan.

Dalam menempuh ranjau perjalanan.. mungkin ramai pula yang gagal dalam cita-cita mengejar realiti kehidupan ini. Mungkin hanya sebilangan kecil yang berjaya, atau hanya sebahagiannya sahaja yang memiliki sepenuhnya. Selebihnya hanya mengecapi realiti keadaan. Tiada kepuasan hidup, tiada kegembiraan, tiada pula kebahagian, apa yang dikecapi hanyalah realiti dipandangan bukannya sesuatu yang wujud dalam realiti kehidupan yang diimpikan.

Ramai pula menganggap kehidupan yang dipenuhi fantasi hanyalah sia-sia.. tetapi tidakkah kita fikir bukannya semua kehidupan dapat mengecapi realiti. Walau fantasi ini hanya seperti sebuah mimpi tetapi fantasi juga adalah pengubat segala ketenangan, keresahan dan kegagalan diri. Setiap insan perlu memiliki kehidupan yang dipenuhi fantasi walau hanya untuk khayalan diri kerana perlu diingat fantasilah ketenangan dalam kehidupan yang tidak boleh dicari dan dimiliki. Hiduplah ketenangan di alam fantasi biar pun kita jauh tersasar dari kehidupan realiti. Indahnya fantasi seindah mimpi. Ingatlah realiti tidak membawa ke alam fantasi tetapi kehidupan di alam fantasi boleh menuju ke alam realiti...

Read more...

Pesanan Penulis

Blog ini hanyalah hasil dari pemikiran, pandangan dan pengalaman penulis. Penulisan tidak tertumpu kepada sesuatu aspek. Semoga dengan adanya coretan di sini akan menjadi panduan untuk kita bersama-sama menempuh ranjau dan duri dalam meneroka perjalanan masa. Anda boleh mengemukakan pendapat, pengalaman atau apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan. Perlu di ingat, setiap saat adalah peristiwa yang mencatatkan sejarah dalam perjalanan. Kitalah yang mencorakkan sejarah tersebut. Biar pun apa yang kita lalui adalah fantasi. Pemikiran yang illusi juga sebenarnya membawa kita ke arah realiti kehidupan.Salam Bersama : )

Pelawat

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP