Banyak yang kita dengar pasal perniagaan. Ada yang baru, dah lama bertapak dan ada pula perniagaan atas angin. MLM yang baru bertapak mula dengan modal 0 pun ada. Sering pula kita dengar company yang diuar-uarkan berstatus antarabangsa, banyak anak syarikat.. bertapak di asia dan bermacam-macam lg. Kita pun mudah terpengaruh. berhenti kerja.. tumpu pada bussines nie.. ada pula yang terpengaruh sehingga sakeluarga malah kawan-kawan dipengaruhi. mulalah mengatur pelan-pelan perniagaan. Keluar simpanan, buat modal, kemudian kita dengar pula company ini yang mula merangkak mula goyah.. syarikat tiada lesen AJL. Produk tak de kelulusan KKM. Mulalah rakan kita ni mengelupur.. bonus dia bedal dulu sikit-sikit, bonus rakan pun dia rembat. Mula nak cari macam-macam helah. Kawan pun dia dah lupa, telefon pun dah tak angkat. Dah tau nak merana sempat pula dia kikis duit orang lain pula. bagi terperangkap semua. Bila dah terlingkup syarikat ni baru buat-buat nak sedar.. baru teringat rakan-rakan yang sama-sama membangun membina perniagaan. tiada apa lagi yang tinggal. Rakan lama yang ditinggalkan dahulu.. biar pun perlahan-lahan merangkak mengharungi duri-duri dalam perniagaan masih dapat bertahan. rakan kita ni dah 5-6 company masuk. satu pun tak menjadi. Itulah sikap sesetengah rakan-rakan kita yang terpengaruh. Sikap rakan kita yang tamak. akhirnya tak ke mana.. Sedih juga bila kita lihat rakan yang tamak masih tetap dengan pelan dan strategi yang entah apa-apa.. masih mempengaruhi kawan-kawan dengan selambanya.. inilah lumrah dalam perniagaan.. rakan-rakan dan saudara adalah tumpuan utama. Ingatlah pepatah.. hidup tak semestinya aman tetapi jiwa tetap nakkan ketengangan.. fikir-fikirkan lah..
Perlu atau tidak? Mencari kepastian tak semesti kita memilikinya.. kadang-kadang berdiam diri adalah kepastian yang dicari, pengubat ketenangan kerana kepastian yang dicari menjadi racun yang memakan diri. Oleh itu ingatlah.. kepastian tak semestinya menjadi keutamaan. Kita ada perasaan yang perlu dibelai bukannya disakiti. Jangan menyakiti diri hanya kerana kesilapan untuk sesuatu jawapan. Kesunyian disebalik senyuman pengubat segala kepastian segala pertanyaan diri.
Ingat-ingatlah selalu
Susah nak lalui kehidupan? Jangan Emosional sangatlah.. yang utama, kita ada fikiran.. kita mengawalnya bukan dikawal. Kita gunakan akal supaya perjalanan hidup lebih mudah. Bukan mudah nak lalui seorang diri tapi lebih senang untuk dilalui dari mengikut telunjuk tanpa pendirian diri sendiri. Ingat-ingatlah.. tidak semestinya yang berada disebelah kita memahami isi dan perasaan kita.. Hiduplah dalam senyuman diri sendiri bukan senyuman perasaan tanpa kebebasan. Jangan emosi mempengaruhi senyuman kita. Salam kehidupan.
Impian?
Tak mengharapkan sesiapa lagi dalam kehidupan. Kita boleh hidup biar pun hanya dengan sisa-sisa kasih. Biar dicerca.. dihina.. Hidup hanya menumpang pada yang sudi.. Impian mungkin tak pasti.. tak mungkin jadi realiti lagi. Kehidupan kembali ke fantasi.. Hinaan dan kata-kata yang pedih berulang-ulang. Semua insan berhak atas segala cercaan. Pedih sungguh.
Blog ini hanyalah hasil dari pemikiran, pandangan dan pengalaman penulis. Penulisan tidak tertumpu kepada sesuatu aspek. Semoga dengan adanya coretan di sini akan menjadi panduan untuk kita bersama-sama menempuh ranjau dan duri dalam meneroka perjalanan masa. Anda boleh mengemukakan pendapat, pengalaman atau apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan. Perlu di ingat, setiap saat adalah peristiwa yang mencatatkan sejarah dalam perjalanan. Kitalah yang mencorakkan sejarah tersebut. Biar pun apa yang kita lalui adalah fantasi. Pemikiran yang illusi juga sebenarnya membawa kita ke arah realiti kehidupan.Salam Bersama : )
0 comments:
Post a Comment