keratan akhbar

smile smile smile smile

Selamat Datang Ke Laman Web Ini. Langkah Pertama Kejayaan Anda.

Monday 8 June 2009

Realiti @ Fantasi

Siapa yang mengejar realiti dan siapa pula yang mampu berapa di kehidupan yang penuh dengan fantasi?

Setiap insan yang lahir dan dibesarkan di alam nyata ini pasti tidak dapat lari dari lumrah kehidupan. Dari persekitaran, kekeluargaan malah masyarakat semuanya mencari dan mengejar kemewahan serta kebahagiaan. Inilah yang diwarisi untuk kita yang bergelar insan.

Dalam menempuh ranjau perjalanan.. mungkin ramai pula yang gagal dalam cita-cita mengejar realiti kehidupan ini. Mungkin hanya sebilangan kecil yang berjaya, atau hanya sebahagiannya sahaja yang memiliki sepenuhnya. Selebihnya hanya mengecapi realiti keadaan. Tiada kepuasan hidup, tiada kegembiraan, tiada pula kebahagian, apa yang dikecapi hanyalah realiti dipandangan bukannya sesuatu yang wujud dalam realiti kehidupan yang diimpikan.

Ramai pula menganggap kehidupan yang dipenuhi fantasi hanyalah sia-sia.. tetapi tidakkah kita fikir bukannya semua kehidupan dapat mengecapi realiti. Walau fantasi ini hanya seperti sebuah mimpi tetapi fantasi juga adalah pengubat segala ketenangan, keresahan dan kegagalan diri. Setiap insan perlu memiliki kehidupan yang dipenuhi fantasi walau hanya untuk khayalan diri kerana perlu diingat fantasilah ketenangan dalam kehidupan yang tidak boleh dicari dan dimiliki. Hiduplah ketenangan di alam fantasi biar pun kita jauh tersasar dari kehidupan realiti. Indahnya fantasi seindah mimpi. Ingatlah realiti tidak membawa ke alam fantasi tetapi kehidupan di alam fantasi boleh menuju ke alam realiti...

0 comments:

Pesanan Penulis

Blog ini hanyalah hasil dari pemikiran, pandangan dan pengalaman penulis. Penulisan tidak tertumpu kepada sesuatu aspek. Semoga dengan adanya coretan di sini akan menjadi panduan untuk kita bersama-sama menempuh ranjau dan duri dalam meneroka perjalanan masa. Anda boleh mengemukakan pendapat, pengalaman atau apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan. Perlu di ingat, setiap saat adalah peristiwa yang mencatatkan sejarah dalam perjalanan. Kitalah yang mencorakkan sejarah tersebut. Biar pun apa yang kita lalui adalah fantasi. Pemikiran yang illusi juga sebenarnya membawa kita ke arah realiti kehidupan.Salam Bersama : )

Pelawat

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP