keratan akhbar

smile smile smile smile

Selamat Datang Ke Laman Web Ini. Langkah Pertama Kejayaan Anda.

Monday, 19 October 2009

Nano Patch

Read more...

Thursday, 17 September 2009

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog, pelajar-pelajar perubatan, pelajar-pelajar pertolongan cemas, pelajar dan kakitangan Jaya Jusco. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna. Jadikanlah kesedihan lalu sebagai keriangan di hari mulia.
* pic pertolongan cemas akan disiarkan selepas aidilfitri.

Read more...

Thursday, 30 July 2009

Tindak Balas Sel Badan (leukemia)


Sel atau dalam bahasa latinnya 'cellulae' yang bermaksud bilik kecil.

Penyakit leukemia adalah sejenis barah sel di mana berlakunya proliferasi sel-sel darah putih yang tidak terkawal. Ini mengakibatkan penghasilan bilangan sel-sel darah putih tak normal yang tinggi bilangannya. Sum-sum tulang yang menghasilkan sel darah merah dan sel platelet tidak akan berfungsi dengan normal disebabkan oleh bilangan sel putih yang terlampau banyak ini.

Penyakit leukemia berlaku dengan proliferasi klonal tak terkawal dari satu sel progenitor yang tidak normal. Terdapat beberapa faktor yang dikatakan terlibat dalam menyebabkan keadaan tersebut :

  1. Keturunan
  2. Dedahan kepada bahan kimia (seperti benzen, ubat sitotoksik)
  3. Dedahan kepada pancaran radiasi
  4. Infeksi Virus (seperti HTLV – 1)
Pada amnya ada berbagai jenis leukemia. Jenis yang paling kerap ialah akut lymphosifik leukemia.Salah satu leukemia yang jenis akut ialah leukemia mieloid akut. Klasifikasi kedua dua jenis leukemia terpulang kepada morphologi sel-sel leukemia yang dilihat oleh pakar haematologi.

Pesakit yang mengidapi penyakit leukemia biasanya berjumpa dengan doktor bagi masalah-masalah tersebut :

  1. Akibat kegagalan sum-sum tulang

(a) Pucat, kelemahan, cepat penat dan sesak nafas disebabkan kekurangan sel darah merah (anemia)

(b) Demam, jangkitan bakteria paru-paru, kulit, mulut dan sebagainya termasuk sepsis disebabkan kekurangan daya tahanan badan.

(c) Pendarahan yang mudah dan berlebihan disebabkan kekurangan sel darah platelet (trombositopenia)

  1. Akibat infiltrasi organ oleh sel-sel leukemia

(a) Sakit-sakit sendi dan tulang

(b) Pembesaran kelenjar-kelenjar limfa (lymphadenopathy)

(c) Pembesaran hepar dan limpa (hepatosplenomegaly)

Terdapat beberapa ujian yang perlu bagi pesakit-pesakit yang disyaki mengidap penyakit leukemia.

  1. Pemeriksaan kuanitatif darah (full blood count)
  2. Pemeriksaan kuantitatif darah melalui pemeriksaan filem darah (peripheral blood film)
  3. X-ray dada
  4. Pemeriksaan sum-sum tulang – ini merupakan ujian paling penting dalam diagnosis pesakit leukemia.
  5. Pemeriksaan cecair serebrospina – ini adalah untuk menentukan samada sel-sel leukemia telah menyerang sistem saraf dan otak.

Rawatan leukemia mengambil jangkamasa lebih kurang 2 tahun dan ini terdiri daripada :

  1. Ubat kemoterapi
  2. Radioterapi kepada otak (bagi pesakit-pesakit lebih daripada umur 2 tahun)
  3. Ubat kemoterapi ke dalam bendalir serebrospina (suntikan intratekal)

Rawatan leukemia adalah dengan ubat sitotoksik yang agak kuat yang menyebabkan berbagai kesan-kesan sampingan seperti rasa mual, muntah, memburukkan lagi kegagalan sum-sum tulang, keguguran rambut, kegagalan jantung dan sebagainya. Ubat kemoterapi yang diberi secara infusi jika bocor ke dalam kulit boleh menyebabkan luka yang agak teruk dan susah sembuh.

* Antara faktor inilah menjadikan rawatan ini di kira mempunyai kesan sampingan dan menjadi satu fobia/ketakutan kepada pesakit. Tiada pilihan dalam rawatan di Malaysia.

* Gangguan sistem sel badan juga menjadi penentu gejala sakit ini.

Tanda-tanda gangguan sel aktif ialah :-

* Susut badan dalam keadaan mendadak

* Sel badan tidak memberi reaksi yang baik pada sel-sel lain seperti kulit dan sel darah.

* berlakunya kekeringan kulit dan pendarahan pada permukaan.

* Pendarahan luka dari sel kulit yang lama untuk sembuh.

* Luka dan pendarahan pada bibir, kulit sensitif, deria dan organ dalaman.

Punca-punca lain yang dikenal pasti adalah :-

* Kesan radioaktif dari ubat-ubatan

* Gangguan sedatif keatas sel darah

* Gagal mengesan tanda awal dari reaksi badan.

* Pengawalan emosi otak yang keterlaluan seperti menahan sakit yang teramat dan selalu membiarkan tekanan yang keterlaluan.

Faktor tempoh masa untuk sembuh adalah amat tipis bergantung kepada pesakit mengawal kesan punca, Faktor emosi dan pengawalan ubatan terhadap gangguan sel. Rawatan yang lambat atau kesilapan rawatan adalah penentu faktor usia pesakit.

Pesakit tiada pilihan lain melainkan pengawalan pada peringkat awal bagi menentu tempoh jangka hayat serta sokongan dan bantuan dari ahli keluarga serta sahabat handai.

Selamat berjaya

Read more...

Thursday, 9 July 2009

Tarikh Kematian


Percayakah anda? anda boleh mengetahui tarikh kematian? benar atau tidak itu terpulang kepada setiap individu, yang pastinya ini hanyalah sekadar gurauan.. mempercayainya adalah syirik.. kalau anda tidak yakin.. tidak sanggup.. atau tidak berani menghadapinya usahlah mencuba.. kalau anda bersedia.. klik di sini http://www.deathclock.com/ . Segala detail akan diberikan.. tarikh.. masa.. dan kejadian.. jadi bersedialah.. tp tahniah sekiranya anda mati di umur yang lanjut. Selamat mencuba...

Read more...

Hati @ Budi


Terlalu banyak nak diperkatakan berkenaan hati dan budi. Menurut seorang sahabat Rasulullah S.A.W hati ini diibaratkan sebagai seekor semut hitam diatas batu yang kelam di malam yang gelap gelita. Cukup susah nak ditentukan, terlalu sukar pula nak dibaca dan terlalu jauh untuk diselami. Sebab itulah hati terlalu sukar untuk difahami hanya melalui luaran, usah dilihat pada wajah, jangan dilihat pada perlakuan dan jangan pula ditafsir melalui kata-kata.

Seorang yang bertudung, bersembahyang, menjaga tingkah lakunya jangan disangka hatinya juga seperti zahirnya. kadangkala hati ini penuh dengan perasaan dengki, syak wasangka, perasangka buruk malahan mungkin dipenuhi dengan jiwa yang menyedihkan. Seorang yang zahirnya tidak tenteram, luarannya tidak terurus, hidupnya bercelaru, kehidupannya dilihat seperti tidak bermatlamat kadangkala memiliki hati yang bersih, berhemah dan melihatkan keikhlasan.

Budi pula dilihat sebagai satu bentuk pelaburan pada zaman sekarang. Pelaburan yang mana hasil atau balasannya akan dikecapi suatu masa nanti. Budi tidak lagi menjadi satu keikhlasan yang lahir dari hati. Ingatlah.. hati dan budi adalah rakan karib yang suatu masa akan menjadi seperti satelit. Sentiasa mengelilingi kehidupan disamping mengharapkan sesuatu.

Read more...

Monday, 22 June 2009

Kita Sedar @ Tidak

Dalam dunia ni ada macam-macam jenis manusia dengan bermacam jenis karenah serta bermacam-macam jenis sifat. Hidup dah lah macam lalang.. itu pun cuba pula melawan tiupan angin. Bersifat tamak, sudah terjatuh.. tersengih pula. Sudah bangun tangga pula disalahkan. Fikir-fikirkanlah sifat manusia sebegini.
Sudah bertugas sebagai anggota polis, sibuk nak buat bussines, masuk saham ni.. masuk koperasi ni.. macam-macam. Semua tamak punya hal. Bila sudah terlalu banyak terjebak mula lupa diri.. kerja terabai.. akhirnya? diberhentikan kerja. Mula dengan bussines atas sebab nak cover malu dengan rakan-rakan. Sikap pula masih seperti itu. menipu sana.. tipu sini.. yang tertipu rakan-rakan juga. Bila kenal dengan rakan baru yang popular sikit.. mengaku pula sebagai anggota polis. Pengajar kat Pulapol lah... IPK lah.. bermacam-macam jenis sifat orang macam ni.
Hidup terumbang ambing. Siapa yang ada dekat.. mula nampak duit sikit.. ada peluang nak tipu. Dia rapat-rapatkan.. Tipu pula bukan banyak pun.. tak boleh kaya juga.. alasan kereta rosak lah.. pinjam RM200. Janji esok bayar.. lepas tu mula banyak alasan. Kemudian ada pula bussines juta-juta.. pinjam RM1000.. alasan datang lagi.. anak sawit tak boleh hantar.. kontena tak ada.. kemudian ladang sawit kat indonesia tenggelam banjir pula.. Inilah manusia yg banyak muslihatnya. Adakah ia dikalangan kita? Hati-hatilah.. ia mungkin disebelah kita.

Read more...

Tuesday, 16 June 2009

Penyakit E, 5, K

Sering juga saya meninjau.. mengunjungi beberapa kelab malam, pusat karaoke dan disko sekitar ibukota. Seperti kita semua sedia maklum, tempat-tempat sebegini sering dipandang serong oleh kebanyakan masyarakat. Menjadi tempat maksiat, tempat pelacuran dan tempat pemabuk. Masalah baru sekarang ia menjadi tempat mengedar dadah moden iaitu jenis yang popular untuk berhibur seperti eramin 5, ektasi (actacy) dan katamin.

Wujud pula sekarang ni, penjualan secara berleluasa barangan larangan ini. Ada pula yang mengaut keuntungan dari jualan dengan cara menjadikan pegawai khidmat pelangan sebagai pengantara antara pengguna dan pembekal. Harga pasaran sekarang juga sudah tinggi. Actacy atau lebih dikenali sebagai E menjadi kegilaan remaja dan pengunjung dijual sekitar RM25-RM40 sebiji. Kebiasaannya dadah jenis ini mudah dibeli. Pengguna biasanya sudah biasa membuat tempahan hanya dengan satu panggilan atau sms. Kadang-kadang penjualannya didalangi juga oleh pekerja atau kakitangan pihak tempat hiburan yang dikenali sebagai boy. E biasanya dibeli secara pukal dalam jumlah yang tertentu. Kebiasaannya 3 biji RM100 dan bagi pelangan setia RM100 untuk 4 biji. Pelangan-pelangan yang telah biasa dengan E ini biasanya mengetahui kekuatan atau 'HIGH' nya. Logo-logo yang popular seperti 'happy' 'toyota', star, butterfly dan beberapa jenis lagi.

Dadah yang popular sejak dahulu lagi dan menjadi kebiasaan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta iaitu eramin 5, penggunanya akan merasai keasyikan, ketenangan dan sesetengahnya mengenali 5 sebagai vitamin untuk mempermudahkan pembelajaran. sebagai vitamin untuk study. 5 mudah dikenali melalui pembungkusan kedap udara berwarna merah. Dibahagian atas pil ini tercatit no 028. Apabila pengguna menggunakannya seorang yang menghadapi masalah memikirkan sesuatu hal seperti masalah kewangan, pekerjaan yang rumit atau masalah dalam perniagaan, akan merasai seperti 5 memberi jalan yang mudah dan bertindak berani menghadapi rintangan. harga dipasaran sekarang RM80-RM150 sepapan (10biji).

Wujud pula sejak 3 tahun lepas dadah jenis baru yang mudah digunakan lebih menjimatkan dan cukup terkenal bagi kaki-kaki disko iaitu Ketamin atau dikenali dengan nama popular K. K biasanya dijual dalam bentuk pakej iaitu harga dalam lingkungan RM100-RM180 sepekej seberat 10gm. mudah digunakan.. Biasanya hanya perlu digosok menjadi debu-debu halus sebelum disedut melalui hidung. Ada juga pengguna yang campur ke dalam minuman sepeti coke dan beer. Kalau anda ke tempat-tempat ini mungkin terpinga-pinga sekiranya ada juga pengunjung lain yang bertanyakan kepada anda K atau KFC.

Inilah hakikat kehidupan.. dadah jenis ini popular dan termampu dimiliki olh pengunjung2 yang terdiri dari anggota polis, kakitangan kerajaan, doktor, ahli peniagaan, pelajar-pelajar malahan suri rumahtangga. Anda juga jangan terkejut sekiraanya anda akan berjumpa dengan golongan-golongan elit ditempat-tempat ini yang sudah biasa menggunakan dadah jenis ini. Golongan-golongan kenamaan ini juga berpangkat, Dato', Datuk, Tan Sri dan anda juga jangan terkejut melihat golongan yang menempek atau yang suka menumpang seperti Dato' yang sengkek dan papa kedana. Jangan pula anda terkejut melihat 'Datin' yang kematian suami bercanda dengan golongan yang rendah seperti penganggur yang kelihatan mengikis harta 'datin' ini.

Apa-apa pun golongan-golongan ini ada yang pergi ketempat-tempat tersebut untuk berehat, berbincang mengenai perniagaan, menyanyi, berkaraoke. Tetapi AWAS jangan anda terpedaya dengan penipu yang mengaku dari golongan ahli politik yang amat rapat dengan Ketua Menteri, Menteri dan ahli kenamaan yang lain. Orang seperti ini hidup seperti parasit yang ingin menumpang dan mengikis wang anda dengan cara menipu. Malah ada yang datang ke sini mencari mangsa, berkawan bagaikan sahabat anda tetapi kerap mempergunakan anda untuk meminjam dan mencari sumber kewangan dengan mengaku sebagai ahli perniagaan yang berjaya menjalankan pelaburan anak sawit, pembinaan dan berbagai-bagai lagi.

Ditempat ini anda akan berjumpa 1001 jenis manusia dengan pelbagai ragam. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Awaslah pada parasit.

Read more...

Pesanan Penulis

Blog ini hanyalah hasil dari pemikiran, pandangan dan pengalaman penulis. Penulisan tidak tertumpu kepada sesuatu aspek. Semoga dengan adanya coretan di sini akan menjadi panduan untuk kita bersama-sama menempuh ranjau dan duri dalam meneroka perjalanan masa. Anda boleh mengemukakan pendapat, pengalaman atau apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan. Perlu di ingat, setiap saat adalah peristiwa yang mencatatkan sejarah dalam perjalanan. Kitalah yang mencorakkan sejarah tersebut. Biar pun apa yang kita lalui adalah fantasi. Pemikiran yang illusi juga sebenarnya membawa kita ke arah realiti kehidupan.Salam Bersama : )

Pelawat

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP